Peguam panel Jabatan Bantuan Guaman ialah peguam-peguam swasta, terdiri daripada Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai sijil amalan guaman yang sah dan telah dilantik oleh Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman untuk mengendalikan kes-kes sivil dan syariah yang diserahkan oleh pihak Jabatan dengan kadar bayaran tertentu yang akan ditanggung oleh pihak Jabatan.
Jenis-jenis kes yang boleh diserahkan kepada peguam panel ialah;
  1. Kes-kes di mana sekiranya kedua-dua pihak layak untuk mendapat bantuan guaman.
    Pengarah Jabatan Bantuan Guaman tidak boleh mewakili atau bertindak bagi mana-mana pihak atau kedua-dua pihak kepada pertikaian berkenaan.
  2. Kes-kes yang melibatkan isu undang-undang yang rumit dan kompleks.
  3. Kes-kes lain yang boleh menyebabkan wujudnya percanggahan kepentingan sekiranya diwakili oleh Jabatan Bantuan Guaman.
Pemohon yang hendak menjadi Peguam Panel hendaklah memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman dengan menyertakan maklumat peribadi dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan seperti berikut :

  • Nama penuh dan alamat firma guaman;
  • Pencapaian akademik/kelayakan dan pengalaman dalam bidang perundangan;
  • Salinan Sijil Amalan Guaman (terkini); dan
  • Salinan Sijil Peguam Syarie Negeri (terkini dan hendaklah disahkan).
 
ID Pengguna:
Kata Laluan:
Pengguna Baru? Sila daftar di sini.
Semak Status Permohonan : Klik disini

PERKARA PENTING :

Borang Pendaftaran 'Online' ini hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut :

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan Sijil Amalan Guaman
  3. lain-lain sijil
** Sebelum anda muat naik (upload) Dokumen Sokongan di Borang Pendaftaran, sila pastikan dokumen yang diperlukan seperti di atas telah di imbas (scan).Pastikan dokumen yang telah di imbas kelihatan terang dan jelas.